7 Idea ‘Home Office’ Simple Mampu Tingkatkan Daya Kreativiti dan Produktiviti

Hampir 2 tahun negara kita dilanda pandemik, rentetan itu juga membuatkan banyak syarikat dan perniagaan yang dahulunya dijalankan di premis, ruang pejabat, kilang terpaksa menutup sementara operasi dan menyebabkan mereka mengusahakan pekerjaan mereka daripada rumah sahaja. Situasi ini membuatkan kita terpaksa mengubah lanskap kehidupan kita yang dahulunya bebas kini terbatas dan terhad. Rumah yang dahulunya menjadi tempat berehat setelah lelah bekerja di pejabat telah bertukar menjadi pejabat atau lebih dikenali sebagai “Home Office”.

Fenomena “Home Office” semakin menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat masa kini. Alasan rumah tidak selesa atau tidak sesuai menjadi tempat bekerja sudah tidak lagi relevan. Mungkin, anda boleh gunakan beberapa idea untuk mengubahsuai suatu sudut dalam rumah anda untuk dijadikan ruangan bekerja supaya meningkatkan mood sekaligus membantu penghasilan daya kreativiti dan produktiviti dalam pekerjaan yang anda lakukan daripada rumah setiap hari. Berikut 9 konsep idea “Home Office” yang boleh anda jadikan panduan untuk dekorasi sudut rumah pejabat anda nanti.

1. Konsep Semula Jadi

Konsep ini sangat sesuai dengan mereka yang sukakan alam semula jadi (nature) yang hijau, tenang, dan mendamaikan. Lebih-lebih lagi, dalam kehidupan pandemik yang membataskan pergerakan kita untuk menikmati alam. Anda boleh saja beli pokok secara atas talian atau di mana-mana taman botani berhampiran untuk diletakkan di atas meja kerja anda sebagai hiasan dan menaikkan mood, sekaligus membuatkan anda lebih produktif dan kreatif.

Photo : essentialhome.eu

2. Konsep “Rare” Minimalis

Konsep ini amat unik bagi mereka yang sukakan gaya simple tetapi ada sentuhan kelainan atau dalam erti kata lain “Rare”. Kelainan dalam dekorasi meja kerja mereka ini mampu membuatkan diri dan fikiran mereka lebih bebas dan lebih fokus tentang apa yang mereka kerjakan berbanding memikirkan perkara-perkara kecil yang tidak mendatangkan faedah.

Photo : ladydecluttered.com

3. Konsep Bersih dan Kemas

Orang yang sangat teliti dalam setiap pekerjaan mereka selalunya sangat sukakan konsep bersih dan kemas di atas meja mereka. Terutamanya kepada mereka yang bekerja dengan angka seperti seorang akauntan atau saintis.

Photo : thedecorfix.com

4. Konsep Kreatif dan “Sweet”

Konsep ini selalu dikaitkan dengan wanita, benar? Ya, penggunaan warna pink dalam dekorasi sering dikaitkan dengan sifat feminin. Namun, ada juga segelintir daripada lelaki yang sukakan warna pink dan dekorasi yang manis seperti ini. Kenapa tidak jika ia mampu meningkatkan rasa bersemangat dan melancarkan urusan melakukan pekerjaan. Cubalah!

Photo : headedsomewhere.com

5. Konsep Seni Kreatif

Penggunaan lampu tambahan sebagai hiasan mampu memberikan efek kreatif dalam dekorasi meja kerja anda. Lebih-lebih lagi jika anda suka lakukan pekerjaan di dalam cahaya yang suram atau gelap. Warna lampu juga boleh memberikan mood yang berbeza ketika melakukan pekerjaan.

Photo : pandriva.com

6. Konsep IKEA

Ini adalah konsep paling mudah dan paling ramai orang gunakan untuk meja kerja mereka. Jika anda buntu memikirkan konsep meja kerja anda, buka saja laman web IKEA, lihat katalog dengan gambar-gambar idea dekorasi yang disediakan. Mula membeli dan hias bulat-bulat seperti yang dicadangkan. Mudah, bukan?

Photo : tidymood.com

7. Konsep Ala Pejabat

Ada juga antara kita yang tidak boleh berenggang dengan aura dan konsep dekorasi di pejabat hingga mahu meja kerja di rumah juga di tata rias seperti ala pejabat juga bagi membangkitkan mood bekerja.

Photo : casavogue.globo.com

Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi konsep yang boleh dijadikan idea untuk merancang hiasan dan dekorasi “Home Office” anda. Semua idea tidak semestinya datang daripada 1 sumber sahaja. Ia berasal daripada pelbagai sumber yang bercambah menjadi ilham yang lebih dekat dengan minat dan kecenderungan kita dalam mencari keselesaan bekerja. Apa yang paling penting, kita rasa tenang dan mudah menjalan pekerjaan meskipun berada di rumah.


Nabiha Mashut adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Nabiha Mashut
Author: Nabiha Mashut

Art, design and craft holic loves writing