Hendak menjadi Ibu bapa hebat? Jom ikuti 5 channel Telegram ini

Menjadi ibu bapa, idaman semua pasangan suami isteri. Saat mereka berjanji untuk bersama sehingga hujung nyawa, mempunyai zuriat sebagai tanda pengikat kasih sayang. Tapi, sejauh mana kita memahami anak-anak kita? Apatah lagi anak-anak zaman milenial semua dikurniakan akal bijak pandai bahkan sering kali menguji kesabaran orang tua mereka. Pernah tak dengar? 

“Anak-anak merupakan cerminan kedua orang tua mereka.” – unknown

Gambar oleh Nataliya Vaitkevich dari Pexels

Kisah gembira setiap pasangan bermula dengan dua garisan pada alat penguji air kencing. Maka, bersusun rencana untuk menyambut si kecil lahir ke dunia. Pelbagai barang yang ingin dibeli untuk memenuhi keperluan si anak. Apakah nama pilihan untuknya dan sebagainya. Tapi, bila diuji ketika pelbagai dugaan ketika hamil, semua hilang entah ke mana. Dalam hati, cuma mahukan si kecil lahir dengan selamat saja. Rancangan jangka masa panjang terlupa. Apakah yang harus dibuat jika berlaku begini atau begitu? Bilakah masa yang paling mencabar dalam mendidik anak-anak ini. 

Masa penting bersama anak-anak. 

Menurut kajian, seawal usia sehingga 6 tahun adalah golden time bagi ibu bapa dalam membentuk anak-anak untuk menjadi manusia yang bagaimana. Adakah dengan self esteem yang rendah ataupun mempunyai jati diri yang sahsiah? Adakah dengan anak-anak yang semakin jauh dengan kedua orang tuanya hingga dewasa ataupun semakin akrab sehingga hujung nyawa kita? Apabila mereka mula menjejakkan kaki ke bangku sekolah, anak-anak mula sibuk dengan kawan-kawan bahkan mereka senang bertemu dengan rakan sebaya. 

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa harus sedar akan perkara ini dan cuba memperbaiki diri serta menambah ilmu dalam perihal keibubapaan ini sejak mula bayi dalam kandungan sehingga dia membesar menjadi orang yang hebat. Nah, 5 channel Telegram wajib korang ikuti untuk tambah ilmu keibubapaan korang. 

  1. Nota Parenting Taufiq Razif 

Penulisan yang mudah difahami. Sesuai sebagai permulaan pembacaan sebagai seorang ayah dan juga ibu. Adakalanya, Taufiq Razif juga menyentuh perihal pasangan untuk membentuk sahsiah anak-anak. 

  1. Positif Parenting Circle by Fhais

Bermula dengan coretan Fhais, kemudian bertukar sebagai Positif Parent Circle yang memberikan unsur positif terhadap ibu bapa yang sering kali merasa mereka gagal dalam mendidik anak-anak. Memegang moto berkongsi ilmu parenting mahal dan berkongsi tips kawal emosi praktikal setiap hari amat sesuai untuk ibu bapa yang sering kali kalah dalam menangani anak-anak kecil ini.

  1. Adlil Rajiah 

Belajar daripada pengalaman, Adlil Rajiah banyak berkongsi segala ilmu yang telah dipelajarinya selepas anaknya mengalami masalah. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa dalam lingkungan B40 harus berfikir macam-macam benda sehingga hal anak-anak kadangkala kita terlepas pandang. Kerana inginkan kemewahan untuk anak-anak, keperibadian mereka sering kita abaikan. Terkenal dengan buku nukilannya, Why So Serious Parent? menjadi salah satu buku keibubapaan yang wajib dimiliki oleh setiap rumah.

  1. Parenting Penting Wawa Shauqi 

Penulisan Wawa Shauqi bagi seseorang ingin merasa seperti teguran daripada seorang kawan rapat. Daripada nota beliau sendiri, di saluran ini beliau berkongsi ilmu dan pemikiran dalam menangani dan menghadapi realiti bersama anak-anak. Beliau beranggapan setiap ibu bapa harus mendalami asas ilmu psikologi bukan sebagai menunjuk pandai, tapi untuk merai segala emosi yang anak-anak tunjukkan pada kita sebagai ibu bapa. 

  1. Nota Redza Zainol 

Berkongsi ilmu kesihatan keluarga dan anak-anak ini sangat penting kerana beliau merupakan seorang doktor yang sentiasa berkongsi tips dan permasalahan dalam sesebuah rumah yang selalu kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan hal ini. Jika terdapat sebarang musykil dalam hal mengenai tabiat anak-anak menurut dari segi kesihatan fizikal terutamanya, Dr. Redza sering memberi tunjuk ajar yang mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah sendiri. 

Konklusi dari perkongsian ini, menjadi ibu bapa harus bijak mencari ilmu, kerana tanpa ilmu kita akan sesat. Jika mahu anak berjaya, kita harus manfaatkan usia emas mereka supaya mereka membesar dalam kasih sayang dan kemudian menjadi anak-anak soleh solehah dunia dan akhirat. 

Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk mata
Nikmat Allah yang paling bahagia
Nisbah benda lahiriah di dunia
Amanah Allah yang mesti dijaga


Aienienka adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Aienienka
Author: Aienienka

A mother of three kids love to sharing everything that she knows.