Melaka Tempat Pelancongan Yang Best!

Bila tiba musim perayaan atau cuti sekolah, negeri Melaka tak lekang dengan kesesakan lalu lintas. Setiap kali cuti, mesti Melaka menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok Malaysia. Kenapa negeri ini paling disukai untuk dijadikan tempat pelancongan? 

Rata-rata yang suka pergi melancong ke Melaka adalah disebabkan berdekatan dengan Lembah Klang. Ini kerana Melaka adalah berdekatan dengan kawasan Lembah Klang dengan hanya mengambil masa kira-kira sejam setengah sahaja. Namun begitu, Negeri Sembilan yang bersebelahan di negeri Selangor tidak menjadi pilihan utama. Kenapa ya?

Negeri Sembilan adalah negeri yang mempunyai banyak kawasan perindustrian. Jadi, tidak hairanlah kenapa negeri ini tidak diendahkan untuk menjadi tempat pelancongan. Berbalik pula kepada negeri Melaka.

Negeri Melaka mempunyai banyak tempat yang bersejarah hasil peninggalan penjajah. Penjajah dari negara Portugis mempunyai banyak pengaruh terhadap masyarakat dan bangunan-bangunan di Melaka.

Bangunan bersejarah seperti A’Famosa, Menara Taming Sari, dan juga Rumah Molten yang menjadi satu peninggalan sejarah untuk kita hayati. Sejarah adalah sangat bagus untuk dipelajar oleh kanak-kanak dan remaja. Ianya mengingatkan kita siapa dulu, masyarakat dan cara hidup yang dahulu kala.

Homestay Pilihan Famili 

Photo by Goodlot Dupwa from Pexels

Mungkin ada yang ketahui Melaka ada menyediakan tempat ‘homestay’ yang terbaik dalam negeri ini. ‘Homestay’ menjadi pilihan keluarga kerana ianya mempunyai keluasan yang besar berbanding bilik di hotel.

Antara tempat penginapan yang popular di Melaka adalah Limastiga Homestay dan Inap Desa Warisan Duyong. Anda pasti tidak lepaskan peluang untuk musim Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini. Namun begitu, sentiasa mengekalkan SOP apabila bercuti di Melaka.

Makanan Tarikan Yang Best

Photo by Lisa From Pexels

Sebut sahaja negeri Melaka, pastinya terbayang makanan yang terbaik disajikan oleh peniaga dan pengusaha di sini. Antaranya adalah Mee Bodoh, Coconut Shake Klebang, dan banyak lagi! Namun harus diingat, tempat makanan ini semua adalah tempat tumpuan ramai.

Bagi yang belum berkeluarga besar dan suka melancong bersama rakan-rakan, pastinya makanan adalah sebab utama. Jalan-jalan cari makan sambil menikmati pantai di negeri Melaka adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Acara Tahunan Melaka Yang ‘Happening’

Photo by Teddy Yang from Pexels

Ini adalah tarikan baharu dari negeri Melaka. Dengan adanya acara ini, banyak pelancong dari pelbagai golongan pasti tidak mahu melepaskan peluang ini. Antaranya adalah Festival Makanan Antarabangsa Melaka dan Festival Antarabangsa Sungai Melaka.

Semua acara ini telah menjadi acara wajib untuk semua pelancong merancang aktiviti mereka. Anda juga mungkin dapat menikmati diskaun atau tawaran menarik dari penginapan yang sedia ada. 

Melancong di negeri Melaka adalah kos yang rendah berbanding kita melancong ke luar negeri. Ianya juga dapat meningkatkan hasil ekonomi dalam negeri kita kerana kita akan banyak berbelanja dalam negara kita Malaysia sahaja.

Sempena dengan pengumuman pilihan raya negeri Melaka pada 20 November 2021, kita haruslah menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain bagi menghindarkan penularan virus Covid-19 ini. Kita juga tidak mahu dengan peningkatan kes yang akan berlaku menyebabkan kita dikuaranti sekali lagi. Kesan yang begitu mendalam kepada ekonomi kita sekiranya kita sendiri tidak menjaga SOP yang telah menjadi garis panduan kita selama ini.

Norma baharu ini dijangka akan berlarutan kerana saranan dari badan dunia yang menjadikan virus Covid-19 ini adalah dalam kategori Endemik. Ianya bermaksud kita akan hidup dengan virus ini, masih ada dalam masyarakat kita tetapi dalam keadaan terkawal.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing