PS5 Terlalu Mahal! Harga Kayangan Tapi Ada Lagi Cara Murah dan Best

Photo by Kerde Severin from Pexels

Memang betul banyak merungut kalau sembang pasal ini. Kaki gamer kat seluruh Malaysia memang menantikan konsol yang hangat diperkatakan sehingga kini. Kejayaan PlayStation dalam dunia ‘gaming’ pastinya membuatkan ramai menginginkan konsol ini di rumah mereka. Namun begitu, ada juga yang tidak berkemampuan, sehingga sanggup mengikat perut mereka untuk mengumpul duit membeli konsol ini. Tidak diketahui kenapa ianya begitu fenomena, mungkin disebabkan efek grafik permainan yang sangat cantik dan juga rupanya yang sangat elegan. Untuk alternatif kepada konsol yang terhangat di pasaran ini, ada juga cara untuk menikmati permainan video dengan lebih murah dan seronok.

Cara permainan konsol PS5 adalah lebih kepada bermain di hadapan TV dan pad permainan. Namun begitu, ianya sangat mahal kerana bukan sahaja konsolnya sudah mencecah harga RM2,000, tetapi permainannya juga perlu dibeli. Bukan sahaja itu, semuanya tidak akan lengkap dengan TV yang lebih besar dan sokongan definisi tinggi yang lebih berharga RM1,000. Ianya sangat mahal untuk yang baru bekerja ataupun, masih lagi belajar di kolej. Bagi meringankan beban, kita akan lihat cara atau konsol alternatif lain yang lebih murah dan lebih seronok:

1. Mulakan main ‘mobile game’

Photo by Beata Dudová from Pexels

Mungkin ada yang kurang setuju kerana permainan dalam telefon pintar kebanyakannya perlukan komuniti untuk bermain. Tetapi sebenarnya ia juga ada menyediakan permainan yang memerlukan ‘single player’ untuk bermain. Caranya, tidak perlukan TV untuk bermain, hanya perlu ada telefon pintar sedia ada dan ‘download’ segala jenis permainan yang ada. Kalau berbakat, boleh mencuba dalam bidang e-sport yang bolehkan anda menjana wang dari bermain game sahaja. Mudah bukan? Tidak perlu keluar kos pada awalnya, hanya perlu melanggan internet setiap bulan dan telefon pintar anda yang sedia ada.

2. Pilih platform alternatif

Photo by Stas Knop from Pexels

Banyak lagi platform konsol yang sama taraf dengan PS5 ini. Lebih-lebih lagi dengan harga yang sangat berpatutan dan stok sedia ada, ini boleh menjimatkan banyak wang anda. Antaranya ialah, Xbox Series S atau X. Ini adalah platform yang pertama menyediakan permainan video dalam bentuk digital berlanggan. Anda hanya perlu melanggan pas permainan serendah RM25 sebulan, terus boleh mengakses permainan sebanyak 1,000 dalam pelbagai platform. Platform yang ada seperti PC, permainan telefon pintar dan boleh juga terus dari konsol sedia ada. Ini sangat menarik kerana anda tidak perlu membayar mahal hanya untuk satu DVD permainan sahaja yang berhrga RM200 untuk PS5, sebaliknya untuk nilai itu di Xbox Series S/X ini, anda boleh dapat bermain sebanyak 100 permainan! Sangat berbaloi!

3. Tukar hobi, walaupun ianya menyakitkan

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Memang menyakitkan. Walaupun ianya pedih, tetapi tak semua mempunyai kekuatan sebegini. Anda boleh bertukar hobi secara perlahan-lahan dengan mulakan bersenam pada pagi hari untuk mengisi masa lapang anda. Kebanyakan orang yang memilih ‘game’ sebagai hobi ini adalah untuk mengisi masa lapang daripada duduk termenung tanpa berbuat apa-apa. Namun, ianya mungkin tidak berkesan seandainya anda telah memulakan kerjaya sebagai pemain ‘game’ profesional. Ianya sangat rugi untuk anda berhenti kerjaya yang mampu memberi kewangan yang lebih baik. 

Bermain permainan video mempunyai kebaikan dan keburukan kepada seseorang. Ada juga yang dapat manfaat daripada industri ini dengan bermain secara profesional, dan juga mengisi masa lapang. Dengan pengurusan kewangan dan masa yang baik, tidak mustahil anda boleh memiliki PS5 dengan modifikasi anda sendiri. Selamat Maju Jaya!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing