SENARAI ‘TO-DO-LIST’ SEBELUM BALIK KAMPUNG HALAMAN

Photo by Pixabay from Pexels

Berita gembira yang semua orang tunggu selama hampir setahun sudah pun diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri pada hujung minggu lepas. Sempadan negeri dan negera sudah pun dibuka sekali gus membenarkan perjalanan merentas negeri dan negara oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk bagi tujuan pulang ke kampung atau tujuan pelancongan.

Setelah hampir setahun kita tidak pulang ke kampung, ada yang masih belum boleh ‘dine in’ dan melakukan aktiviti pelancongan. Kini masa untuk menebus kembali masa setelah pengorbanan yang kita lakukan bagi melawan pandemik Covid-19. Dengan rasminya kini kita sudah beralih kepada endemik Covid–19 dan bukan lagi pandemik. Hampir keseluruhan dunia telah menunjukkan penurunan kes dan banyak juga telah beralih kepada fasa endemik. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada petugas barisan hadapan yang berkorban dan bertungkus lumus memastikan kejayaan kecil ini dapat dikecapi.

Akan tetapi kita juga harus berjaga jaga dan tidak bersuka ria dengan berita ini kerana tidak mustahil keadaan boleh berubah kembali jika tiada pematuhan SOP oleh semua rakyat Malaysia walaupun banyak kelonggaran telah diberikan. Bila balik ke kampung, sudah semestinya kita akan meninggalkan rumah kesayangan selama beberapa hari atau berminggu. Ini tips dan senarai yang boleh kita buat sebelum keluar rumah untuk peringatan bersama.

1. CABUT SEMUA PLUG KECUALI PETI AIS

Photo by cottonbro from Pexels

Setiap rumah di Malaysia mempunyai anggaran 20 – 25 kuantiti plug yang digunakan. Sebagai langkah keselamatan, kita perlu mencabut semua plug di peralatan elektrik yang tidak perlu. Bukan sahaja itu, kita juga boleh menjimatkan elektrik kerana aliran elektrik masih berjalan walaupun pada kadar paling minimum. Kecuali peti ais janganlah kita cabut sebab nanti habis busuk semua makanan kita nanti. Jika tiada makanan atau minuman tidak mengapa.

2. KOSONGKAN SINKI

Photo by ato de from Pexels

Perkara ni yang kadang–kadang kita terlepas pandang. Selepas basuh pinggan selalunya akan ada baki sampah atau kotoran yang melekat pada permukaan sinki. Kita kena basuh dan gosok dengan teliti kerana kalau ada kotoran tertinggal kita takut akan ada serangga atau haiwan tidak diundang akan datang membuat lawatan percuma.

3. BERDOA DAN BERSERAH KEPADA TUHAN KITA

Photo by Hebert Santos from Pexels

Bagi yang beragama Islam kita boleh amalkan Al Fatihah, ayat kursi, dan berniat ziarah supaya perjalanan dan aktiviti kita diterima sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Kepada yang bukan beragama Islam bolehlah berdoa dan berniat supaya perjalanan dipermudahkan dan selamat pergi dan pulang. Perkara ini mungkin kita tidak nampak hasilnya tetapi kita akan mendapat ketenangan jika membuatnya.

4. TINGGALKAN KUNCI KERETA ATAU MOTOR KEPADA JIRAN ATAU KAWAN TERDEKAT

Photo by Vlad Alexandru Popa from Pexels

Kepada yang mempunyai lebih sebiji kereta dan motor, jangan tinggalkan lebih tiga hari tanpa menghidupkan enjin. Kita khuatir akan berlaku kerosakan kepada bateri atau peralatan teknikal yang lain. Jika kita merancang untuk pulang ke kampung lebih lama, carilah jiran atau kenalan terdekat untuk kita tinggalkan kunci untuk mereka menghidupkan enjin kereta minimum setiap tiga hari.  Semoga dengan pesanan ini dapat kita menjimatkan wang untuk membayar penyelenggaraan kereta yang boleh kita elakkan.

5. MEMBAWA BEKALAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG MENCUKUPI

Photo by Roger Brown from Pexels

Zaman pandemik Covid–19 telah memberi kesan yang sangat besar buat manusia seluruh dunia. Banyak pengajaran dan teladan yang dapat kita serap daripada perjalanan yang getir sebelum ini. Selepas ini kita hidup dalam norma baharu dan senarai barang penjagaan kesihatan juga kena baru juga. Kita perlu bawa cukup bekalan ‘hand sanitizer’, pelitup muka, tisu basah, dan Panadol. Barang–barang ini adalah perlu bagi kita untuk tujuan perjalanan pulang ke kampung. Jika kita memerlukan dalam kecemasan kita tidak perlu cari lagi.

Selamat Bercuti dan Balik Kampung!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing