Sila Ambil Tahu 6 Tanda Awal Kanser Ovari, Wahai Wanita!

Sumber : TheDiagnosa.com

Kanser ovari atau kanser rahim adalah pembunuh senyap kanser ovari merupakan salah satu kanser dalam kategori sakit puan yang selalunya menyebabkan kematian kepada pesakit tersebut.

Bagi wanita yang berusia bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim. Secara umumnya, semakin awal anda merawat kanser, semakin tinggi peluang anda untuk sihat dan bebas daripada kanser.

Berikut adalah tanda kanser ovari yang perlu diketahui oleh setiap wanita :

#1 Tidak selesa membuang air kecil

Kanser ovari menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa ketika membuang air kecil. Ini adalah tanda awal kanser ovari yang paling ketara, kerana penyakit ini boleh membawa maut. Disini ketidakselesaan yang dimaksudkan adalah rasa seperti terbakar, pedih atau rasa yang ketat semasa membuang air kecil. Ini bermakna kanser sudah merebak pada tisu-tisu yang berdekatan.

#2 Pendarahan setelah menopaus

Antara tanda awal kanser ovari yang paling ketara, apabila setelah menopaus adalah anda akan mengalami pendarahan yang teruk. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula walaupun sudah menopaus. Sepatutnya anda perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser ovari ini boleh merebak sehingga ke tahap 4.

#3 Pendarahan faraj yang tidak normal

Jika anda tidak mengalami menopaus, kanser ovari ini akan menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal. Anda akan mengalami pendarahan yang sangat tidak teratur. Kanser ovari mudah merebak pada tisu yang berdekatan dan mewujudkan kapilari baru yang tak normal, itu yang menyebabkan pendarahan. Pendarahan ini boleh berlaku pada tempoh haid, selepas melakukan hubungan intim, selepas menopaus dan selepas melakukan pemeriksaan ovari.

#4 Perut buncit atau bengkak

Anda juga boleh perhatikan saiz kenaikan bahagian perut, anda akan berasa kembung dan penuh dengan gas. Nanti anda akan perasan apabila pakaian anda pakai itu akan berasa ketat di bahagian pinggang dan pinggul. Ini juga merupakan tanda awal kanser ovari, anda perlu titikberatkan dan sentiasa perhatikan tanda awal kanser.

Sumber : Iluminasi.com

#5 Berat badan menurun dengan mendadak atau hilang selera makan

Sebenarnya, kehilangan berat badan yang mendadak adalah berpunca daripada masalah kanser itu sendiri. Kanser ini membuatkan sistem imun badan anda bekerja dengan lebih kuat untuk melawannya. Badan anda akan menghasilkan protein kecil yang dikenali sebagai cytokines. Cytokines ini yang memecahkan lemak pada kadar yang lebih tinggi. Hilang selera makan juga tanda awal kanser ovari, oleh itu anda perlu perhatikan dua tanda ini dengan lebih kerap.

#6 Berasa keletihan melampau

Tanda awal kanser ovari juga membuatkan anda berasa lemah dan tidak bertenaga pada setiap masa. Walaupun sudah berehat dalam masa yang lama. Perkara ini yang sangat membimbangkan pada mereka yang mendapat penyakit kanser. Apabila anda mengalami kanser, sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan penyakit ini.

Sekiranya anda mengalami tanda awal kanser ovari seperti di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera. Anda juga perlu menyemak semula sekiranya terdapat ahli keluarga terdekat anda yang ada menghidap kanser ovari. Tetapi, anda jangan terlalu panik jika anda menghadapi tanda awal kanser ovari di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda awal kanser ovari seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.


Ombakbergigi adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

ombakbergigi
Author: ombakbergigi

Bukan rezekimu sempit, tetapi sedekahmu yang sedikit.