‘Skincare’ Ibu Mengandung: Apakah Produk Penjagaan Kulit yang Selamat Digunakan?

Motherhood‘ adalah seolah-olah suatu dunia baru pada wanita yang pertama kali merasai pengalaman sebagai seorang ibu. Perubahan fizikal mahupun emosi seperti roller coaster bukan hanya kerana perubahan hormon yang ketara tetapi juga kerana buah fikir menjadi seorang ibu memberi kesan yang besar dalam kehidupan.

Perubahan bentuk tubuh juga seiring dengan berubahnya keadaan kulit ibu pada keseluruhannya menjadikan sesetengah bakal ibu merasa kurang keyakinan diri. Rekahan selulit mahupun masalah kulit yang lain seperti jerawat, kulit menjadi hitam atau gelap, kedutan, pembesaran pori merunsingkan ibu dan juga seorang wanita yang amat mementingkan kecantikan diri.

Sepanjang fasa kehamilan, penting untuk bakal ibu menjaga setiap produk kulit yang digunakan kerana sesetengah bahan kimia yang terdapat dalam produk tersebut akan masuk ke dalam badan dan boleh menyerap masuk kepada fetus melalui tali pusat. Ketakutan untuk menggunakan produk skincare ini juga menyebabkan bakal ibu mengelak daripada menggunakan sebarang produk kulit. Namun, banyak produk di pasaran yang mensasarkan penggunaan produk yang selamat untuk ibu. Oleh itu, tiada lagi halangan kepada anda, bakal ibu untuk terus kekal cantik dan kelihatan menawan sepanjang tempoh kehamilan.

Perubahan kulit semasa mengandung berbeza-beza pada setiap individu. Ada sesetengah individu melaluinya tanpa sebarang perubahan kulit, ada juga yang kesihatan kulit mereka lebih baik atau dengan kata lain lebih ‘glowing‘ berbanding sebelum mengandung dan ada juga yang sebaliknya. Hakikatnya, perubahan hormon memainkan peranan utama dalam mengubah keadaan kulit anda dan antara perubahan kulit yang paling biasa terjadi ialah kulit kering, jerawat, kehitaman kulit, selulit (strech mark), ataupun inflamasi pada kulit seperti ekzema dan rosacea.

Kandungan ‘skincare‘ yang mesti dielakkan

Kebanyakan kajian produk kulit menggunakan binatang sebagai ujikaji untuk melihat kesannya kerana ujikaji melibatkan wanita mengandung adalah menyalahi etika dan undang-undang. Justeru, bahan yang tersenarai adalah bahan yang didapati memberi kesan berbahaya pada fetus model haiwan yang digunakan dalam kajian.

  1. Hydroquinone. Hydroquinone adalah bahan yang popular untuk memutihkan dan mengurangkan pigmentasi pada kulit tetapi didapati tidak berbahaya untuk digunakan semasa kehamilan kerana tiada kajian yang jelas tentang bahaya penggunaan bahan ini kepada fetus. Namun, penyerapan bahan ini ke dalam janin adalah sehingga 45% dan digalakkan untuk sebolehnya mengelakkan penggunaan bahan ini secara berlebihan.
  2. Retinoids. Penggunaan krim sapu yang mengandungi retinoid (olahan vitamin A) didapati menyebabkan kecacatan pada janin. Retinoid amat berguna untuk merawat masalah jerawat dan kedutan halus tetapi disarankan untuk tidak menggunakan bahan ini sepanjang kehamilan.
  3. Phthalates. Kajian menggunakan haiwan mendapati phthalate menyebabkan disfungsi kepada hormon dan juga sistem reproduktif. Justeru, phthalate juga berkemungkinan memberi kesan kepada masalah sistem reproduktif janin apabila digunakan semasa mengandung.
  4. Formaldehyde dan agen penghasil formaldehyde. Bahan ini merupakan sejenis preservatif atau bahan awet dalam produk kecantikan dan diyakini mempunyai sifat karsinogen kepada kesihatan seterusnya meningkatkan risiko mandul (infertility) atau keguguran (miscarriage). Contoh-contoh agen penghasil formaldehyde adalah bronopol, DMDM hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, hydroxymethylglycinate dan lain-lain.
  5. Oxybenzone. Bahan kimia ini terdapat dalam produk pelindung cahaya matahari (sunscreen) sebagai pelindung dari sinaran UV. Oxybenzone diketahui sebagai bahan kimia yang mengganggu fungsi endokrin yang boleh mengganggu paras hormon dan menyebabkan kecacatan kekal pada ibu dan bayi. Ianya juga boleh masuk ke dalam sistem tubuh ibu menyusu dan keluar melalui susu ibu. Oxybenzone juga mempunyai potensi kepada masalah neurologi dalam kalangan orang dewasa yang juga meningkatkan risiko Alzheimer (pikun).
Sumber: Karolina Grabowska, Pexels

Sebagai alternatif, masalah jerawat semasa mengandung boleh menggunakan asid glykolik atau asid alezaik. Bahan ini juga dapat membantu mengurangkan kedutan halus, mencerahkan kulit dan memperbaiki pigmentasi kulit. Bagi masalah penuaan pra-matang, bahan antioksidan yang selamat adalah seperti vitamin E, vitamin K, vitamin C, vitamin B3 dan juga teh hijau. Selain itu, masalah kulit kering serta selulit pula dapat dikawal dengan penggunaan asid hyaluronik, cocoa butter, minyak kelapa atau peptida. Perlindungan daripada cahaya matahari semasa kehamilan juga amat penting dan bahan yang selamat adalah zink oksida dan titanium oksida. Sebaiknya, rujuk pihak doktor untuk memastikan keselamatan produk kecantikan kulit sebelum menggunakannya dan mestilah dalam kuantiti yang disarankan.

Sumber: Healthline, Canadian Family Physician, Allure, dan The Strategist.


Maryam Azalan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Maryam Azalan
Author: Maryam Azalan

BSc Food Nutrition, MSc Immunology. PhD student in Biomedicine (Cancer Bio)