Tips dan Persediaan Menghadapi Fasa Endemik Covid-19

Photo by Edward Jenner from Pexels

Sejak seminggu yang lepas ini, negara kita mencatatkan penurunan dalam kes Covid–19. Statistik juga menunjukkan penggunaan katil di wad ICU hospital juga menunjukkan perkembangan yang positif. Selain itu, beberapa negeri juga telah beralih ke Fasa 2 dan Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kita masih belum menang, kita masih dalam peperangan dengan virus Covid–19 ini. Tetapi kita sudah lebih separuh jalan melawan virus ini dan kerjasama semua pihak harus diberikan pujian dan penghargaan. Bahkan, kita telah diberitahu oleh pihak kerajaan bahawa kita akan terus hidup dengan virus ini dan beralih kepada endemik dari pandemik dijangka pada akhir Oktober. Pada pemerhatian saya, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersedia menjalani kehidupan norma baharu zaman endemik Covid-19 dan tidak menyusahkan semua pihak yang menjadi ‘frontliners’ membantu kita semua memerangi virus ini.

  1. WAJIB AMBIL DAN HADIR KE JANJI TEMU VAKSINASI
Photo by Anna Shvets from Pexels

Vaksin juga adalah salah satu kunci kejayaan kita dalam melawan virus ini. Keputusan pantas kerajaan membeli bekalan vaksin telah membuahkan hasil dan kita dapat lihat dari statistik kes di Lembah Klang. Kita juga wajib berusaha untuk hadir ke janji temu vaksinasi kerana sekecil usaha kita adalah terbaik untuk melindungi dan mengelakkan kemudaratan kepada orang lain. Selain menunggu janji temu dari aplikasi MySejahtera, kita juga boleh mencari pusat vaksinasi yang membuka ‘walk in’ untuk mendapatkan vaksin.

2. KELUAR JIKA PERLU SAHAJA

Photo by Anna Shvets from Pexels

Dalam menghadapi endemik, kita juga harus merangka perjalanan dan rutin harian dengan baik. Jangan keluar jika tiada keperluan. Jika boleh kekerapan kita untuk keluar dikurangkan, ia dapat mencegah dari diri kita untuk dijangkiti. Contohnya, kita rancang untuk keluar seharian sehari sahaja dan selesaikan segala urusan perlu daripada keluar setiap hari. Jika untuk bekerja atau berniaga kita tiada pilihan, tetapi urusan lain adalah pilihan kita sendiri. Tepuk dada tanya diri sendiri.

3. RANCANG SIMPANAN DAN JANGAN BELANJA YANG TIDAK PERLU

Photo by Nataliya Vaitkevich from Pexels

Sejak Mac 2020, kita menyaksikan pelbagai berita sedih kerana kehilangan pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup, dan kehilangan orang yang tersayang akibat Covid–19. Virus ini menyerang dengan sangat dahsyat ke seluruh dunia. Kesihatan kewangan rakyat Malaysia juga sangat membimbangkan. Ramai sangat yang terkesan dengan keadaan ini, tak mustahil jika kita tidak bersedia kitab oleh kembali kepada fasa yang teruk dalam Covid–19. Oleh kerana itu, kita harus bersedia dari segi kewangan dengan membuat simpanan yang baik jika ada kemampuan. Banyak cabang boleh kita simpan duit kita yang akan saya kongsikan dalam artikel seterusnya.

4. MEMBELI UBAT DAN MAKANAN TAMBAHAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN

Photo by Pixabay from Pexels

Sebelum kedatangan Covid–19, kita mungkin terleka dengan penjagaan kesihatan. Kita boleh ikhtiar untuk mencegah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Contohnya, wajibkan ada bekalan buah-buahan di rumah. Selain itu, kita juga boleh ambil ubat tambahan seperti Vitamin C atau B Complex. Ia baik untuk kesihatan.

Untuk tips kesihatan dan nutrisi boleh ke pautan ini:

https://www.instagram.com/benefitwithmommydila/

5. MEMBELI PERALATAN MENGESAN TAHAP KESIHATAN

Photo by Mufid Majnun from Pexels

Selain ubat tambahan, kita juga boleh mencari ‘oximeter’ dan mesin pengesan tahap darah tinggi. Kedua peralatan ini adalah sangat diperlukan bagi memantau tahap oksigen dan darah kita. Bukan sahaja untuk zaman endemik ini sahaja, tetapi harus diwajibkan pada setiap isi rumah. Seterusnya saya akan berkongsi cabang simpanan persediaan dan pengajaran dari Covid–19.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing