Tips Kuruskan Badan

Photo by Julia Larson from Pexels

Badan kita semestinya patut dijaga dengan baik selagi kita bernyawa. Kos perubatan yang semakin meningkat menyebabkan kita perlu lebih menjaga badan dan kesihatan kita ke tahap yang optimum. Namun begitu, terlalu ramai yang menginginkan tubuh badan yang menarik tetapi terlalu sedikit yang mahu usaha ke arahnya. Sesuatu perkara yang ingin dicapai perlukan usaha yang berterusan. Tiada gunanya hanya usaha pada peringkat awal, tetapi terkandas di tengah jalan.

Orang Malaysia sangat sukakan makanan, tidak kira bergambar dengannya ataupun makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Makan di restoran dan cafe menjadi satu trend yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu, ada satu keburukan yang membuatkan kesihatan kita merosot dan menggemukkan badan kita. Makanan yang berminyak, berlemak dan tinggi gula dalam minuman banyak dalam kandungan makanan di restoran. Amalan-amalan yang patut diikuti untuk menguruskan badan seperti berikut.

1. Kurangkan makan di luar

Photo by Khaled Hossain from Pexels

Kita tahu ramai sukakan kecantikan restoran dan keenakan gambar di IG yang paparkan makanan di tempar sebegitu. Namun begitu, itu semuanya akan menambahkan keburukan kepada tubuh badan kita. Kandungan lemak dan gula yang tinggi akan menyebabkan lemak tepu yang terkumpul di tubuh badan kita sukar untuk dicernakan. Gaya pemakanan yang sihat perlu ada untuk menghasilkan tubuh badan idaman setiap orang.

2. Elakkan makan sekaligus

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Ya, memang ada juga tabiat orang sebegini. Jangan kerana sedap, anda melahap seperti tidak makan setahun! Ini akan menyebabkan usus anda tidak bersedia untuk menerima makanan sebanyak itu. Penghadaman yang bagus boleh membuatkan sistem kesihatan kita dalam tahap terbaik. Daripada rangkaian ini, tubuh badan kita tidak akan menyimpan lebih banyak lemak tepu, dan pembakaran lemak akan berlaku dengan efisien.

3. Jadualkan pemakanan seimbang

Photo by Ella Olsson from Pexels

Sekali lagi, pemakanan adalah paling penting dalam menguruskan badan. Kerana terlebih lemak tepu di bahagian badan adalah disebabkan pemakanan yang berlebihan. Untuk menyingkirkan lemak tepu dengan lebih berkesan, badan kita sendiri adalah agen pembakar lemak yang paling terbaik. Senaman juga adalah berkesan, namun jika tidak selari dengan pemakanan, ianya adalah usaha yang sia-sia. Jadi, buatkan satu gizi seimbang dengan membanyakkan pengambilan serat dan vitamin untuk tujuan pembakaran lemak.

4. Tidur yang secukupnya

Photo by Kampus Production from Pexels

Selain dari pemakanan, rehat yang secukupnya akan menjadi ‘boost’ kepada proses untuk kuruskan badan. Ini kerana, pada waktu tidur, zat dan nutrien yang diserap oleh badan akan mulakan kerja masing-masing. Pernah merasai lapar yang teramat di waktu pagi? Ini kerana selepas bangun tidur, badan anda mengerjakan semua organ untuk melakukan kerja mereka pada tahap yang optimum.  

5. Senaman ringan setiap hari

Photo by William Choquette from Pexels

Senaman akan melengkapkan semua proses metabolisme badan anda menjadi lebih berkesan. Kuruskan badan disertai dengan senaman ringan boleh percepatkan proses anda untuk kurus dari berbulan lamanya kepada berminggu sahaja masa diperlukan. Setiap hari 30 minit sudah cukup memadai untuk melancarkan perjalanan darah dan mengeluarkan peluh. Banyak senaman ringan boleh dibuat antaranya, berjalan kaki di kawasan kejiranan, berbasikal, mengemas rumah, bersiar-siar bersama keluarga dan senaman ‘tabata’. 

Semua tips-tips di atas dapat membantu anda merealisasikan tubuh badan yang menarik dan sihat di masa akan datang. Harus diingati, semua usaha ini hendaklah berterusan dan bukannya hanya bersemangat di awal sahaja. Amalkan secara berkumpulan akan menjadi motivasi yang berterusan dituruti dengan ganjaran sekiranya berat badan yang ada ingini dicapai. Kejayaan itu akan lebih bermakna diraikan bersama keluarga dan rakan sekeliling.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing