Tips persediaan bercuti bersama anak kecil

Gambar oleh Olya Kobruseva di Pexels

Psst! Kerajaan nak umumkan boleh rentas negeri. Dah rancang nak ke mana tu? Pening kepala bila ada anak kecil? Sukar hendak buat tentatif bila ada si kecil  yang hendak di bawa. Lebih-lebih lagi untuk perjalanan yang lebih daripada 2 jam. 

Ibu bapa selalu penting kepala memikirkan perjalanan jauh bersama anak kecil. Bagaimana dengan keselesana mereka dan sebagainya. Apatah lagi bila mempunyai bayi mahupun toddlers yang belum reti menyuarakan ketidakselesaan mereka melainkan dengan tangisan saja. Untuk mengelakkan ibu bapa bercuti dengan tangisan, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk bercuti bersama si kecil. 

  • Pastikan si kecil cukup rehat sebelum mulakan perjalanan 

Bukan saja kita dewasa bakal penat sepanjang perjalanan kelak, bahkan mereka si kecil akan lebih penat daripada kita kerana mereka belum dapat menyesuaikan diri untuk perjalanan jauh itu. Apabila mereka cukup rehat, di sebalik rasa keterujaan mereka untuk bercuti, mereka pasti akan lebih bersedia untuk sebuah perjalanan.

  • Sediakan snack mereka sepanjang perjalanan

Anak-anak kecil dengan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi mereka yang suka makan tanpa memilih jenis makanan. Sekiranya anak-anak ibu ayah picky eater, boleh cari snack yang sesuai mengikut selera mereka. Ini kerana setelah mereka kenyang, mereka kurang meragam. Ingat, hungry man is angry man. 

  • Pastikan mereka selesa dari pelbagai segi

Kunci rahsia untuk sebuah perjalanan yang lebih menenangkan adalah bila si kecil bergerak dalam keadaan yang lebih selesa dan mereka kurang fussy. Kadang-kadang pakaianan mereka harus dititikberatkan mengikut suhu dan cuaca tempat yang ingin kita lawati. Selain daripada menitikberatkan nilai fesyen anak-anak, keselesaan itu lebih penting bagi mengekalkan mereka tetap tenang dan senang dibawa berbincang. 

  • Sediakan bahan mainan & bacaan untuk hilangkan bosan mereka. 

    Jika perjalanan korang lebih daripada dua jam, pastilah anak-anak akan lebih cepat bosan untuk duduk sahaja di dalam kereta tanpa berbuat apa-apa. Jadi, di sini tips saya untuk ibu bapa. Bawa sedikit mainan untuk mereka hilang fokus terhadap perjalanan yang jauh tadi. Kebiasaan ibu bapa kini, menyediakan tablet di dalam kereta itu penting bagi mengekalkan ketenangan anak-anak sepanjang perjalanan terutamanya apabila mereka menumpukan perhatian terhadap kartun kegemaran mereka.
  • Sediakan tisu bawah untuk kecemasan.

Mempunyai anak kecil lumrah jika berlaku sesuatu kemalangan yang tak diduga contohnya ketika mereka makan ataupun minum. Apabila berlaku kecemasan seperti begini, tisu basah sangat membantu ibu bapa untuk membersihkan kotoran. Secara tidak langsung juga, tisu basah yang mengandungi anti-bakteria juga boleh digunakan sebagai pengganti air ketika dalam perjalanan. 

Tips di atas adalah merupakan satu percutian dalam negara saja. Yang mana kita sudah terbiasa dengan keadaan sekeliling dan dengan cuaca negara sendiri.  Bagaimana pula sekiranya jika anda merancang untuk bercuti ke luar negara? Mungkin ada beberapa perkara lain yang ibu harus peka sekaligus memerlukan tenaga si ayah. Contohnya seperti stroller ataupun baby carrier adalah sangat penting untuk keselesaan bayi sepanjang tempat yang ingin dilawati. Sekaligus memberi kesenangan pada ibu bapa tanpa mendukung si kecil sepanjang perjalanan yang boleh menggembirakan.

Perjalanan yang jauh pasti indah sekiranya anak-anak kecil semua memberi kerjasama yang terbaik. Ibu bapa juga senang hati untuk bercuti dalam keadaan begini. Perjalanan yang dirancang dengan rapi tanpa sebarang masalah adalah lebih baik. Ibu bapa harus lebih peka dalam meneliti setiap perkara dan barangan lengkap dan mencukupi sebelum meninggalkan rumah. Selamat bercuti semua! 

Gambar oleh Nubikini di Pexels.

Aienienka adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Aienienka
Author: Aienienka

A mother of three kids love to sharing everything that she knows.