Tips Persediaan Cabang Simpanan Fasa Simpanan Fasa Endemik Covid-19

Photos by Pixabay from Pexels

Pelbagai hikmah dan pengajaran yang boleh kita dapat dari kedatangan Covid–19 di dunia ini. Kita dah berada di penghujung fasa pandemic dan bakal beralih ke fasa endemik dijangka hujung Oktober ini. Selama setahun setengah ini, seluruh pelusuk negara mendapat tempias dari Covid–19, sama ada yang positif atau negatif. Ada juga yang mengaut keuntungan yang besar dan ada juga yang teruk terjejas sehingga tersenarai sebagai orang muflis di Malaysia.

Dengan itu , kesedaran untuk membuat simpanan ketika kecemasan dan darurat adalah sangat penting. Kita tidak boleh jamin keadaan seperti ini tidak akan muncul kembali. Ia tidak mustahil, apa yang kitab oleh buat adalah membuat simpanan terlebih dahulu. Di sini saya kongsikan beberapa institusi kewangan dan tempat simpanan yang baik untuk semua.

  1. ASB/ASNB
Photo by Alesia Kozik from Pexels

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tempat simpanan paling digemari. Dengan adanya teknologi kini , kita boleh membuka akaun di cawangan Amanah Saham Nasional seluruh Malaysia ataupun bank panel yang berdekatan. Selepas itu, kita boleh menambah deposit dengan menggunakan aplikasi bank kita seperti Maybank2U atau CIMB Clicks. Kita juga boleh melihat transaksi dan penyata dengan mudah. Mula menyimpan dan kita akan lihat hasilnya secara jangka masa panjang.

2. MEMBELI EMAS

Photo by cottonbro from Pexels

Emas adalah komoditi dan aset paling relevan sepanjang zaman. Pada masa kini, emas juga boleh disimpan secara digital atau fizikal terpulang kepada pilihan kita. Pengalaman saya sendiri adalah membeli emas pada tahun 2015 pada harga RM155/1gram. Tidak menyangka pada awal tahun lepas nilai emas 1g pernah mencecah RM265/1gram. Jika kita membeli 10gram, kita sudah mendapat keuntungan lebih RM1,000 secara bersih. Emas adalah aset paling mudah untuk kita simpan, terpulang secara simpan atau kita hendak pakai emas tersebut. Kita juga boleh membuat pajak gadai di bank seperti Bank Rakyat Ar Rahnu atau AgroBank. Kita boleh menggunakan emas untuk mendapat tunai secara cepat.

3. UNIT TRUST

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Simpanan unit Amanah ini adalah lebih kurang sama dengan ASB, tetapi ia adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang. Banyak konsultan Unit Trust dari pelbagai syarikat yang boleh kita hubungi bagi mendapatkan pilihan terbaik. Selain itu , kita juga boleh mengambil sebahagian simpanan KWSP untuk melabur dan menyimpan di Unit Trust. Syarikat terkemuka seperti Public Mutual, CWA, Kenanga Investment dan lain–lain boleh menawarkan kadar keuntungan yang baik dan akan melabur duit kita pada tempat yang betul. Jika kita dalam keadaan terdesak, kita boleh menjual dan mendapat tunai juga.

4. TABUNG HAJI

Photo by Konevi from Pexels

Untuk yang beragama Islam majoritinya mesti akan ada akaun TH. Tetapi tidak ramai yang menyimpan secara berterusan dan konsisten. Untuk pengguna akaun bank Maybank kita boleh membuat integrasi akaun dan boleh membuat ‘standing instruction’ untuk memberi kebenaran pihak bank menyalurkan duit simpanan kita ke akaun Tabung Haji. Dengan cara ini kita akan terpaksa menyimpan dan boleh mengeluarkan jika ada kecemasan.

5. SAHAM

Photo by Markus Spiske from Pexels

Ya, ianya juga adalah berisiko. Namun begitu, terdapat banyak platform untuk belajar tentang pelaburan saham ini. Dan juga, perlu berhati-hati dengan seminar yang memerlukan kita untuk membayar yuran untuk belajar tentang saham ini. Kita kena pastikan setiap yuran yang dibayar adalah di dalam kemampuan kita sendiri. Sekiranya di luar kemampuan, akan ada risiko kepada perancangan kita masa akan datang. Jadi lebih berhati-hati.

Selamat Menyimpan!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing