Tips Untuk Menjaga Keadaan Kereta Waktu Wabak Covid–19 Disebabkan Jarang Keluar Rumah Dan Tidak Pulang Ke Kampung

Photo by Mídia from Pexels

Penghujung tahun 2021 pun akan melabuhkan tirai tak lama lagi, saban hari seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa berdoa untuk bebas dari wabak Covid – 19 ini. Setiap hari kita meneliti kes yang sudah pun konsisten sebanyak 5 angka. Banyak perubahan dan norma baharu kita tempuhi sepanjang perjalanan yang bermakna ini. Perjalanan kita pun disekat sejak tahun lepas disebabkan kerajaan mahu mengawal dan mencegah supaya kita tidak bebas merentas negeri atau daerah.

Kita dah menempuh beberapa siri PKP termasuklah yang terbaharu, Pelan Pemulihan Negara (PPN), mengikut fasa yang kerajaan tetapkan. Dengan terbatasnya pergerakan kita, banyak juga perkara yang kita boleh usahakan dan terokai bersama keluarga tercinta. Tetapi, kebanyakan kita terlupa bahawa ada benda yang kita perlu selenggara disebabkan kita tidak boleh keluar rumah. Mungkin kebanyakan dari kita ada yang sudah boleh menggunakan kenderaan mereka setiap hari untuk ke tempat kerja dan pergerakan harian.

Namun, ada juga kenderaan keluarga yang jarang digunakan dan bakal menjadi liabiliti besar kalau terlupa untuk menjaga kenderaan yang lama diabai di rumah. Perkara ini saya sendiri buat secara berkala dan baik untuk menjaga jangka hayat dan keadaan kereta kita.

1. PASTIKAN KITA START KERETA 3 HARI SEKALI

Photo by Erik Mclean from Pexels

Ini adalah terutamanya untuk mereka yang mempunyai kenderaan lebihan atau kegunaan jarak jauh seperi SUV, MPV, Van, kereta sewa atau lori sewa. Antara tips terpenting untuk kita adalah pastikan keadaan kenderaan masih berfungsi dengan menghidupkan enjin setiap 3 hari. Bukan manusia sahaja perlu bersenam, kenderaan kita juga perlu bersenam untuk pastikan ia tidak terkejut jika digunakan secara tiba-tiba untuk perjalanan jarak jauh.

2. BERSIHKAN RUANG DALAMAN KENDERAAN

Photo by Ingo Joseph from Pexels

Kadang–kadang kita tak perasan sewaktu kita gunakan kenderaan, anak–anak makan di belakang melepaskan sisa makanan secara tidak sengaja di bawah kerusi dan sebagainya. Sisa makanan yang lama dibiarkan akan memanggil serangga untuk membuat rumah di dalam kereta kita. Pengalaman saya, kereta saya penuh dengan semut kerana tertinggal bekas air yang diminum selama 3 hari. Sisa makanan dan minuman boleh merosakkan ruang dalaman kenderaan. Seperti contoh, jika melekat di atas fabrik kerusi, ia sangat susah untuk dicuci dan memakan kos yang sangat tinggi.

3. PERIKSA ANGIN TAYAR KERETA

Photo by Jan Kopřiva from Pexels

Tayar adalah antara penjagaan utama yang perlu kita ambil berat. Jika keadaan tayar tidak baik, ia boleh mengundang kepada kemalangan. Kita harus periksa tekanan angin tayar secara berkala dan sebelum kembali menggunakan kenderaan tersebut. Boleh juga untuk kita beli sendiri penyukat tekanan angin tayar di kedai DIY atau Shopee untuk lebih tepat dari pam di stesen minyak. Selain itu, masa terbaik nak periksa angin tayar adalah waktu keadaan sejuk. Ia akan lebih tepat bacaannya. Mengikut kajian, jangka hayat tayar akan berkurangan sebanyak 20% kalau kita memandu dalam keadaan angin tayar berkurangan.

4. UBAH SEDIKIT POSISI KENDERAAN

Photo by Pixabay from Pexels

Tips yang kedua terakhir ini tak ramai yang buat. Mungkin kita fikir ia tidak memberi kesan apa–apa kepada kesihatan kenderaan kita. Kita harus mengubah sekurangnya seminggu sekali posisi kenderaan untuk mengelakkan ‘flat spot’ terjadi kepada tayar kenderaan. Tidak perlu ubah terlalu banyak, cukup sekadar 1 – 2 kaki untuk menjaga kesihatan tayar kenderaan.

5. ANGKAT PENGELAP CERMIN (WIPER)

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Perkara ini ramai yang ambil maklum bahawa majoriti kereta yang jarang digunakan harus dinaikkan pengelap cerminnya untuk menjaga getah dan memastikan prestasinya terjamin ketika memandu waktu hujan. Keselamatan adalah keutamaan.

Semoga berguna semua tips mudah untuk korang semua. Stay Safe!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing